May 20, 2011
Menjaga Fitrah Kewanitaan
1) Menyerupai Lelaki
Islam sangat menekankan wanita agar sentiasa menjaga fitrah kewanitaan mereka. Mereka dilarang menyerupai lelaki, baik dalam hal berpakaian, gaya percakapan, mahupun tindakan. Ini adalah kerana
Rasulullah s.a.w telah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki dan Ibnu al-Qayyim menegaskan, wanita yang bertingkah laku seperti lelaki dan lelaki yang bertingkah laku seperti wanita telah berbuat dosa besar.
2) Bersolek dan Berhias
Bersolek atau berhias adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh wanita demi menjaga kudrat kewanitaannya. Mereka boleh melubangi atau menindik telinga untuk pakai anting-anting.
Ibnu Qudamah menyatakan "Untuk tampil cantik di hadapan suaminya, wanita boleh memakai perhiasan, mengecat kedua tangannya, memakai cekak rambut dan sebagainya."
3) Tidak keluar rumah dengan berhias secara berlebihan
Menurut Ibnu Abidin, syarat dibolehkan seorang wanita keluar rumah adalah jika dia tidak memakai perhiasan dan tidak menyolek sehingga boleh menyebabkan kaum lelaki tertarik.
Allah berfirman: "Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah dahulu."
Mujahid menyatakan, diantara tingkah laku jahiliah tersebut adalah seringnya wanita keluar rumah dan berjalan di tengah-tengah kerumun lelaki.
4) Pakaian wanita di hadapan umum
Ketika berada di tempat umum, seorang wanita dilarang memakai pakaian yang dapat memperlihatkan bentuk tubuhnya dan menampakkan kulit tubuhnya. Jika tidak, dia termasuk golongan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan datang di penghujung umatku wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telajang. Di atas kepala mereka laksana punuk unta. Laknatlah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah wanita terlaknat."
5) Tidak bergaul dengan lelaki asing
Haram bagi seorang perempuan menyendiri dengan seorang lelaki asing, meskipun pada ketika ia sedang bekerja iaitu berada di satu tempat yang aman dari gangguan orang ketiga.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali syaitan menjadi pihak ketiga di antara mereka."
(Diilhamkan dari Fiqh Wanita Muslimah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment